Saturday, January 29, 2011

SOSIODRAMA

Definisi

Sosiodrama dilakukan oleh kanak-kanak secara spontan dengan mencipta tema dan senario yang biasa mereka lihat atau alami . dalam sosiodrama mereka sendiri merupakan sebagai pengarah sosiodrama dilakonkan mengikut dunia mereka sendiri seperti menggunakan kayu sebagai senapang atau kotak besar sebagai kereta yang dipandu dengan menggunakan mulut untuk mengeluarkan bunyi kereta. Selain itu, mereka meniru gaya atau pelakuan orang dewasa dan ianyan berlaku dalam waktu pendek sahaja.

Kepentingan sosiodrama kepada kanak-kanak

Terdapat beberapa kentingan drama kepada kanak-kanak. Yang pertama ialah kanak-kanak dapat menggunakan semua deria untuk menjalankan aktiviti sosiodrama. Sebagai contoh, mereka akan mendengar perbualan, melihat perlakuan dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan penggunaan bahasa serta meningkatkan pembelajaran dan pengetahuan. Melalui perbualan atau lakonan yang dilakukan kanak-kanak dapat menambahkan lagi pembendaharaan kata dalam diri kanak-kanak. Mereka juga dapat meningkatkan proses berkomunikasai anatara mereka melalui interaksi dengan rakan-rakan yang lain.

Seterusnya ialah, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah. Pada masa yang sama juga kanak-kanak dapat menambahkan keboleha diri mereka sendiri dan menghiburka diri. Dengan adanya sosiodrama kanak-kanak dapat menampilkan pelbagai jenis perasaan yang mereka telah alami.Di samping meningkatkan kemahiran fizikal, kanak-kanak juga boleh bersosialisasi serta mengembangkan perasaan dan emosi sendiri. Kanak-kanak akan berasa seronok dan mendapat kepuasan kendiri apabila mereka melalakukan aktiviti sosiodrama kerana aktiviti ini melibatkan perasaan murid. Murid-murid boleh menonjolkan perasaan mereka terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan.


Sosiodrama dalam kurikulum Prasekolah

Sosiodrama bukan sahaja dilakukan secara spontan malah ia boleh di sepadukan dalam komponen yang terdapat dalam kurikulum prasekolah seperti konsep-konsep matematik, sains dan bahasa (literasi). Melalui sosiodrama kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar kerana terdapat unsur-unsur yang boleh disepadukan di dalam drama. Sosiodrama juga boleh dijalankan dalam pusat pembelajaran lain seperti pusat muzik, pusat blok selain daripada pusat bahasa.Tempat untuk pusat aktiviti ini hendaklah menggunakan ruang yang sesuai. mempunyai sempadan agar kanak-kanak tidak termasuk dalam kawasan aktiviti lain. bahan dan peralatan yang banyak.

Bahan untuk pusat drama ini:

 Pondok
 Set main masak-masak
 Set anak patung dengan botol susu
 Set alat kebersihan diri
 Beranika pakaian
 Set makan
 Model makanan, haiwan dll
 Set mencuci pakaian
 Telefon lama
 Kotak atau bekas kosong
 Set alat muzik
 Peralatan atau bahan untuk mencipta sesuatu ciptaan seperti stokin untuk
membuat puppet atau kayu dan kain perca untuk membuat anak patung







Peranan guru dalam sosiodrama

Guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing kanak-kanak untuk melakukan aktiviti sosiodrama. Guru perlu memastikan dari segi kualiti dan kuantitinya drama yang dipersembahkan oleh kana-kanak. Guru juga perlu menyediakan bahan yang mencukupi untuk digunakan oleh kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu menyediakan ruang, masa dan jika boleh pentas untuk kanak-kanak belakon. Hal ini supaya kanak-kanak dapat melakonkan dengan selesa dan seronok. Seterusnya ialah guru hendaklah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memilih tema dan peranan mereka sendiri dalam drama tersebut serta guru perlulan memerhati dan membimbing kanak-kanak supaya mereka tidak menggunakan konsep yang salah dan unsur yang negatif semasa belakon. Dalam lakonan ini guru berperanan sebagai pemerhati dan pemudahcara kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti drama ini. Guru bertindak sebagai penyelia dan penilai kepada kanak-kanak serta merancang dan mengurus bagi aktiviti sosiodrama.

Main Doh

PERMAINAN DOH

• PENGENALAN
Permainan doh melibatkan penggunaan otot-otot halus pada bahagian jari tangan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran koordinasi mata dengan tangan.

• PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Kepentingan permainan doh untuk perkembangan kanak-kanak ialah:
o Memberi kebebasan dan peluang untuk berfikiran kreatif dan kritis.
o Memperkembangkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
o Menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan mereka.

Kemahiran, sikap dan pengetahuan yang boleh diperolehi melalui permainan doh adalah seperti berikut:

1. Kemahiran
 Koordinasi motor halus
 Menjalankan eksperimen
 Menyelesaikan masalah
 Bersosialisasi
 Berbahasa
 Mereka cipta
 Matematik
 Kreativiti dan imaginasi

2. Sikap
 Bekerjasama
 Kolaboratif
 Berkeyakinan
 Bertolak ansur
 Berdikari
 Hormat-menghormati
 Menghargai hasil dan pendapat orang lain
 Sabar

3. Pengetahuan
 Konsep matematik
 Bahasa dan literasi

• SUMBER / BAHAN
Doh yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut:
 Murah dan mudah diperolehi
 Berwarna-warni
 Selamat digunakan


• PENGURUSAN
Guru perlu menitikberatkan aspek-aspek berikut dalam menguruskan permainan doh:
 Kawasan lapang dan beralas (karpet dan tikar mengikut keperluan untuk menjaga kebersihan).
 Menyediakan rak / para yang telah berlabel dengan nama bahan-bahan yang disimpan.
 Menyusun bahan-bahan supaya mudah diakses oleh murid.
 Menerangkan peraturan-peraturan penggunaan doh seperti tidak boleh memasukkan ke dalam telinga, mulut, dan sebagainya.
 Bahan-bahan perlu diselenggarakan dari semasa ke semasa supaya sentiasa selamat dan tidak berbahaya.

• PERANAN GURU
Peranan guru dalam aktiviti permainan doh ialah:
 Bertidak sebagai fasilitator dan pakar rujuk.
 Menerangkan rutin dan peraturan aktiviti dari semasa ke semasa.
 Menunjuk cara / demonstrasi.
 Melibatkan diri secara aktif dalam permainan doh bersama murid.
 Merancang dan menyediakan bahan-bahan tambahan dari semasa ke semasa.
 Peka pada minat murid terhadap jenis-jenis peralatan / aktiviti.







• CARA-CARA MEMBUAT DOH
1. Cara Membuat Doh Segera

o Bahan-bahan
300 gram tepung gandum
300 gram garam halus
200 ml air
30 ml / 2 sudu besar minyak masak

o Cara-cara Membuat
1. Gaul tepung dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan minyak sayur.
3. Apabila sebati, masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
4. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
5. Doh sedia untuk digunakan.
6. Jika ingin membuat doh yang berwarna, campurkan dengan warna yang disukai.
7. Doh ini boleh dibentuk dan dibakar mengikut aktiviti yang dijalankan.
8. Jika hendak dibakar di dalam oven, oven mestilah dengan kepanasan 350 darjah celcius selama 45 minit.

2. Cara Membuat Doh yang Dimasak

o Bahan-bahan
1 cawan garam halus
2 cawan tepung gandum
4 sudu the cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
2 cawan air
Sedikit pewarna makanan

o Cara-cara Membuat
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali sambil dikacau.
2. Tambahkan pewarna ke dalam adunan.
3. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau selama 3-5 minit.
4. Kacau sehingga doh menjadi sebati.
5. Sejukkan dan letakkan di dalam bekas kedap udara.
6. Simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.



LAporan Amali

Alat:

1. Doh berwarna merah, biru, kuning dan hijau.
2. Acuan bentuk binatang dan bintang.
3. kadbod













Pelaporan

Kumpulan 1



Main Doh

Melalui aktiviti yang telah dijalankan, kumpulan 1 dapat menyediakan pelbagai jenis kuih dengan menggunakan doh. Mereka telah mencipta beberapa jenis kuih iaitu ladu, karipap, muruku dan sebagainya. Melalui aktiviti ini juga, mereka dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka serta dapat menerapkan daya kreatif dan estetika..


Gabungan kumpulan 2 talah menghasilkan berbagai jenis kuih seperti burger, donat, keropok lekor dan sebagainya. Kumpulan ini berasa amat serronok bermain doh kerana permaianan ini boleh meningkatkan daya pemikiran dan cetusan idea-idea yang menarik





Kumpulan 3 sangat beminat untuk bermain dengan doh. Mereka amat tekun bermain doh kerana mereka dapat meluahkan apa yang ada dalam fikiran mereka. Mereka teleh membuat donat, karipap, biskut bintang dan kuih gajah. Menurut mereka, kuih gajah tidak pernah dimakan atau dilihat oleh mereka namum mereka mencipta sendiri kuih tersebut malalui daya kreativiti mereka.

Dari segi cetusan idea, kumpulan 4 dapat berkongsi idea kreatif bersama ahli kumpulan. Mereka telah mencipta banyak jenis kuih-muih yang dihasilkan menggunakan doh

5 tips For a BETTER SLEEP

today i want to share to all of you tip for a better sleep. growing up kids need lots and lots of sleep. most need eight to nine hour of sleep every night. however,there are kids that have trouble sleeping . not getting enough sleep can affect grades in school. you'll also feel easily irritated and may fall sick easily too. anyway, here some tips on how you can sleep better and have a healthier mind and body:

the tips are:-

1. make a sleep routine

2. avoid coffee or drink that contain caffeine

3. stay away from electronics during bedtime

4. keep yourself active during the day

5. eat right

Monday, March 29, 2010

Sinar Pintar



tarikh: 27 mac 2010(sabtu)
masa : 10.00 pagi- 12 tgh hari
tempat : Perpustakaan Awan Negeri Terengganu

pada tanggal 27 mac 2010, seramai 11 orang dari opsyen Prasekolah IPG KDRI telah menjayakan program Sinar Pintar yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negeri. saya dan beberapa rakan yang lain berperanan sebagai fasilitator bagi program Sinar Pintar. hampir 200 arang kanak-kanak yang menyertai program ini.

Antara aktiviti yang kami jalankan ialah kraftangan mudah seperti membuat doh (bagi kanak-kanak berumur 2 tahun-6 tahun), bermain pasir (bagi kanak-kanak 7 -10 tahun), dan membuat boneka (10-12 tahun).

di dapati program ini memberi pengalaman yang amat bermakna kepada saya kerana sambutan yang diberikan amat baik dari pelbagi pihak termasuklah ibu bapa kepada kanak-kanak sendiri.
saya juga tidak menjangkakan aktiviti yang dijalankan ini mendapat sambutan sedemikian rupa. namun hasil dari pengalaman kami, kami dapat melakukan yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut.

saya berharap program seperti ini diteruskan supaya kita dapat membina kreativiti kanak-kanak dan membina kemahiran kanak-kanak untuk bersosial secara positif.

Pelayaran KLD Tunas Samudera


Tarikh: 27 feb - 3 mac 2010


Tempat : pulau pangkor, lumut-langkawi-lumut.

Aktiviti : pelayaran KLD Tunas Samudera

Bilangan peserta : 24 orang

Pada tanggal 26 feb bermulalah perjalanan saya untuk mengikuti Pelayaran KLD Tunas Samudera. sy bertolak dengan menaiki bas dari bandar K.Terengganu ke Lumut. semasa perjalanan ke lumut beberapa halangan telah saya tempuhi. yang pertama ialah bas rosak di pertengahan jalan dan saya terpaksa manaiki bas yang lain untuk sampai ke destinasi. Namun malangnya lagi bas yang saya naik itu hanya menghantar penumpang hinnga ke ipoh sahaja. saya terpaksa menunggu bas lain untuk ke Lumut. saya bernasib baik kerana bas yang rosak td mengambil kami di stesen bus ipoh dan membawa kami ke Lumut. Semasa di Lumut saya dan beberapa yang lain terpaksa menunggu perserta lain yang dari pelbagai IPG untuk sama-sama ke Pulau pangkor. hampir 8 jam kami menunggu mereka. Namun semua itu tidak melunturkan semangat saya untuk menyertai program ini.. selepas semua tiba kami mula bertolak ke pulau pangkor. Aktiviti yang kami jalankan di pulau Pangkor ialah aktiviti lasak yang kami dapat aplikasikan apabila kami berada di atas kapal. aktiviti ini dilaksanakan oleh pihak BPG. antara aktiviti yang dijalankan ialah water confident, kayak ke beberapa buah pulau, berenang di tengah lautan menuju ke pantai (hampir 500m), latihan terjunan, ceramah mengenai kapal layar, flying fox, abseling, trecking, crawling dan sebagainya. aktiviti pra pelayaran ini dijalankan bagi menguatkan fizikal, mental dan emosi sebelum berada di atas kapal.

2 mac 2010 mula detik yang dinantikan. kami di hantar ke kapal KLD Tunas Samudera dan kami di serahkan kepada krew kapal bagi menjalani latihan di sana. perasaan gembira, gementar, dan seronok mula bermain di fikiran.. apa yang ditakutkan ialah mabuk. apa yang kami seronok ialah dapat manaiki kapal yang telah mengelilingi dunia serta dapat mengenali rakan-rakan dari pelbagai IPG serta warga kapal sendiri. Jika saya tidak menaiki kapal ini mungkin saya tidak akan berpeluang untuk mengenali mereka. pengalaman seperti ini sukar untuk diperoleh. dengar dari pengalaman orang lain tidak sama seperti pengalaman yang kita lalui sendiri. pengalaman yang kita lalui sendiri amat bernilai dan tidak dapat kita lupakan sepanjang hidup kita.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai aktiviti yang dijalankan semasa berada di atas kapal. Terdapat banyak ilmu yang telah saya perolehi semasa berada di atas kapal. Antaranya ialah cara ikatan tali yang betul serta kegunaanya, semangat kerjasama antara kumpulan, cara untuk mngendalikan kapal, mengenal peralatan-peralatan di atas kapal serta cara hidup di atas kapal yang menekankan kebersihan dan disiplin. Di sana saya banyak belajar sesuatu yang baru. Saya juga banyak bertanyakan mengenai ilmu perkapalan kepada krew-krew kapal. Saya menggunakan peluang ini untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu mengenai dunia perkapalan. Saya sangat berharap selepas ini saya berpeluang untuk menaiki kapal ini lagi. dan dapat belayar ke negara lain lagi. Saya berasa sangat seronok menyertai pelayaran pada kali ini.



Semasa berada di atas kapal beberapa pertandingan di adakan. Yang pertama ialah pertandingan mencipta logo da moto kumpulan. Yang kedua, pertandingan ikatan tali. Seterusnya ialah pertandingan piping, pertandingan mengenal tali dan barang, pertandingan ”order layar” iaitu membuka dan menggulung layar dan pertandingan tarik tali. Pertandingan ini semua telah menerapkan semangat bekerjasama antara ahli awasan masing-masing. Awasan saya iaitu awasan merah telah memenangi 3 pertandingan daripada 6 pertandingan yang dipertandingakan. Melalui pertandingan ini juga saya dapat lihat kecekapan bagi setiap ahli awasan melakukan sesuatu tugasan.


Secara keseluruhan, saya sangat gembira menyertai pelayaran ini dan saya berharap dapat menyertai lagi pada masa akan datang jika berpeluang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjalankan program Tunas Samudera ini terutama kepada semua krew kapal, pihak BPG dan pihak IPG Kampus Daoto Razali Ismail serta rakan-rakan pelayaran sekalian. Sesungguhnya program ini sangat bermanfaat dan perlu dijalankan seiring melahirkan individu yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,Intektual dan sosial.