Saturday, January 29, 2011

SOSIODRAMA

Definisi

Sosiodrama dilakukan oleh kanak-kanak secara spontan dengan mencipta tema dan senario yang biasa mereka lihat atau alami . dalam sosiodrama mereka sendiri merupakan sebagai pengarah sosiodrama dilakonkan mengikut dunia mereka sendiri seperti menggunakan kayu sebagai senapang atau kotak besar sebagai kereta yang dipandu dengan menggunakan mulut untuk mengeluarkan bunyi kereta. Selain itu, mereka meniru gaya atau pelakuan orang dewasa dan ianyan berlaku dalam waktu pendek sahaja.

Kepentingan sosiodrama kepada kanak-kanak

Terdapat beberapa kentingan drama kepada kanak-kanak. Yang pertama ialah kanak-kanak dapat menggunakan semua deria untuk menjalankan aktiviti sosiodrama. Sebagai contoh, mereka akan mendengar perbualan, melihat perlakuan dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan penggunaan bahasa serta meningkatkan pembelajaran dan pengetahuan. Melalui perbualan atau lakonan yang dilakukan kanak-kanak dapat menambahkan lagi pembendaharaan kata dalam diri kanak-kanak. Mereka juga dapat meningkatkan proses berkomunikasai anatara mereka melalui interaksi dengan rakan-rakan yang lain.

Seterusnya ialah, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah. Pada masa yang sama juga kanak-kanak dapat menambahkan keboleha diri mereka sendiri dan menghiburka diri. Dengan adanya sosiodrama kanak-kanak dapat menampilkan pelbagai jenis perasaan yang mereka telah alami.Di samping meningkatkan kemahiran fizikal, kanak-kanak juga boleh bersosialisasi serta mengembangkan perasaan dan emosi sendiri. Kanak-kanak akan berasa seronok dan mendapat kepuasan kendiri apabila mereka melalakukan aktiviti sosiodrama kerana aktiviti ini melibatkan perasaan murid. Murid-murid boleh menonjolkan perasaan mereka terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan.


Sosiodrama dalam kurikulum Prasekolah

Sosiodrama bukan sahaja dilakukan secara spontan malah ia boleh di sepadukan dalam komponen yang terdapat dalam kurikulum prasekolah seperti konsep-konsep matematik, sains dan bahasa (literasi). Melalui sosiodrama kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar kerana terdapat unsur-unsur yang boleh disepadukan di dalam drama. Sosiodrama juga boleh dijalankan dalam pusat pembelajaran lain seperti pusat muzik, pusat blok selain daripada pusat bahasa.Tempat untuk pusat aktiviti ini hendaklah menggunakan ruang yang sesuai. mempunyai sempadan agar kanak-kanak tidak termasuk dalam kawasan aktiviti lain. bahan dan peralatan yang banyak.

Bahan untuk pusat drama ini:

 Pondok
 Set main masak-masak
 Set anak patung dengan botol susu
 Set alat kebersihan diri
 Beranika pakaian
 Set makan
 Model makanan, haiwan dll
 Set mencuci pakaian
 Telefon lama
 Kotak atau bekas kosong
 Set alat muzik
 Peralatan atau bahan untuk mencipta sesuatu ciptaan seperti stokin untuk
membuat puppet atau kayu dan kain perca untuk membuat anak patung







Peranan guru dalam sosiodrama

Guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing kanak-kanak untuk melakukan aktiviti sosiodrama. Guru perlu memastikan dari segi kualiti dan kuantitinya drama yang dipersembahkan oleh kana-kanak. Guru juga perlu menyediakan bahan yang mencukupi untuk digunakan oleh kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu menyediakan ruang, masa dan jika boleh pentas untuk kanak-kanak belakon. Hal ini supaya kanak-kanak dapat melakonkan dengan selesa dan seronok. Seterusnya ialah guru hendaklah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memilih tema dan peranan mereka sendiri dalam drama tersebut serta guru perlulan memerhati dan membimbing kanak-kanak supaya mereka tidak menggunakan konsep yang salah dan unsur yang negatif semasa belakon. Dalam lakonan ini guru berperanan sebagai pemerhati dan pemudahcara kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti drama ini. Guru bertindak sebagai penyelia dan penilai kepada kanak-kanak serta merancang dan mengurus bagi aktiviti sosiodrama.

No comments:

Post a Comment